30 CETUSAN MINDA – IMAM GHAZALI – UMAT MASA KINI

RM12.00

IMAM AL GHAZALI atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ta’us Ahmad al-Tusi al-Shafi ‘i mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujah. Sehingga beliau digelar ‘Hujjatul Islam’ kerana kemampuannya tersebut. Beliau telah menghafal Al-Quran dan ribuan hadith pada usianya 6 tahun. Imam Al Ghazali juga sanggup berkorban segala kemewahan dunia serta mengembara dan bermusafir demi cintanya pada ilmu pengetahuan.

Ketokohan Imam Al Ghazali tiada taranya sama ada pada zaman itu mahupun sesudahnya. Imam Al Ghazali juga terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama di benua Eropah melalui hasil karyanya yang sangat bermutu. Ilmu pengetahuan beliau berkenaan dengan fiqh, usuluddin dan falsafah dikagumi sehingga beliau dilantik sebagai professor Usul al-Din pada umurnya 34 tahun. Beliau banyak merungkai kecelaruan dan masalah yang membelenggu umat, mematahkan propaganda falsafah dan ideologi songsang Barat yang mencemuh serta cuba mencetuskan huru-hara. Karya dan pemikirannya menjadi rujukan agung sehingga umat masa kini.

30 Cetusan Minda Imam Al Ghazali wasiat beliau untuk dijadikan panduan dalam membantu menghadapi segala rintangan dan cabaran hidup umat Islam masa kini, insya Allah.

Out of stock

SKU: 983-046-470-9 Category: Tags: , , Product ID: 17723

Additional information

Weight 0.295 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “30 CETUSAN MINDA – IMAM GHAZALI – UMAT MASA KINI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *