30 CETUSAN JIWA – IMAM MUSLIM – UMAT AKHIR ZAMAN

RM12.00

IMAM MUSLIM adalah pengumpul hadith yang tersohor selepas Imam Bukhari. Beliau dikenali juga dengan “Amirul Mukminin fil Hadith Ke II”. Beliau belajar hadith sejak kecil seperti Imam Bukhari dan mendengar dari guru-guru Bukhari dan ulama-ulama terkemuka lainnya. Jika Imam Bukhari ulama terkemuka di bidang hadith sahih, berpengetahuan luas dalam selok belok hadith serta tajam kritikannya maka Imam Muslim adalah orang kedua setelah Imam Bukhari baik dalam ilmu dan pengetahuan mahupun di dalam keutamaan dan kedudukan.

Golongan ahli Hadith adalah mereka yang paling tinggi kepercayaannya dalam meyakini manhaj Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berpegang teguh kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang tetap di atas perkara yang asas dalam agama dan ajarannya sesuai dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Ahli Hadith adalah kelompok yang menjunjung tinggi dan mengagungkan nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah sesuai dengan kedudukkannya. Mereka mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah di atas seluruh perkataan manusia.

30 Cetusan Jiwa Imam Muslim menjadi panduan kepada kita umat Islam akhir zaman bagi memurnikan usaha menyingkap kebenaran menuju satu matlamat, redha atas segala kejadian dan ketetapanNya, insya Allah.

Out of stock

SKU: 983-046-469-5 Category: Tags: , , Product ID: 17729

Additional information

Weight 0.275 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “30 CETUSAN JIWA – IMAM MUSLIM – UMAT AKHIR ZAMAN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *