DENDAM RATU ULAR

RM18.90

KATEGORI NOVEL
GENRE  DENDAM
PENULIS

 Annur Shanan

PENERBIT Buku Prima
BIL. HALAMAN 432
ISBN 9789670535418

Out of stock

SKU: 9789670535418 Category: Tags: , Product ID: 27516

Description

KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup.

Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.

“Bagaimana untuk aku hidup bersamanya, sedangkan dia begitu taat kepada TUHANnya? Manakala aku pula makhluk yang dilaknat.” – KAIRA

“Sayangku, usahlah kau menangis. Aku ada bersama kau. Kau bukan lagi manusia biasa. Kini kau menjadi milikku. Jasad kau saja manusia. Tetapi jiwa kau sudah mati! Kau kini makhluk jadian. Kau adalah ratu ular!” – RAJA GANERIN

“Kalau kau berani, cubalah! Aku juga akan pastikan kau tak akan terlepas. Kau jangan lupa, walaupun itu cadangan aku, tapi kau yang membakar rumah tu!” – KALSUM

Additional information

Weight 0.325 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “DENDAM RATU ULAR”

Your email address will not be published. Required fields are marked *