SIRAH NABAWIYAH

RM60.00

Out of stock

Compare
SKU: 9789833172481 Category: Tags: , , , , Product ID: 20867

Description

Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail A.S bin Ibrahim A.S. Nabi Muhammad S.A.W adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W) bergelar “Rahmatan Lil’Alamin” ertinya “Rahmat bagi seluruh alam”.

Rasulullah S.A.W diberi kitab Al-Quran, diutus oleh Allah SWT untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu, baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT. Nabi Muhammad S.A.W adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul. Agama Allah yang diwahyukan semenjak Nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad S.A.W. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah Baginda.

Buku ini cuba mengupas sirah hayat Rasulullah S.A.W bermula dari pelantikan Baginda sebagai rasul, mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda serta penentangan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W yang bertali arus sehingga dapat menubuhkan sebuah negara Madinah yang mementingkan hak muslim dan bukan muslim dijamin dalam sebuah perlembagaan.

Additional information

Weight 0.895 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SIRAH NABAWIYAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *