KITAB SANG ENGINEER

RM25.00

Buku KSE ini menghimpunkan tulisan-tulisan terpilih saudara Farhan al-Banna. Siapa yang tidak mengenali beliau, beliau lebih terkenal dengan belognya yang diberi nama ‘Tadabbur Engineer’; yang mana beliau mengupas banyak subjek – dari fizik ke kimia, eletrik ke kereta, malah dakwah dan kehidupan – dari kaca mata seorang hamba, dai’e dan ya, engineer!

Tulisan-tulisannya berjaya menjadikan sesuatu yang kita rasakan bosan dan kompleks, menjadi menarik dan mudah. Seringkali anda akan mengalami saat-saat ‘mind-blown’ setiap kali selepas membaca tulisannya. Bak kata seseorang, “Tulisannya menghidupkan sesuatu yang mati!”

“Daripada Isaac Newton ke Albert Einsten, hingga kepada seorang Stephen Hawking, mereka semua berkongsi satu persamaan, mereka semua adalah makhluk ciptaan Tuhan!

Sains dan kejuruteraan tidak seharusnya menjadi alat dan bahan yang membawa manusia jauh daripada Tuhan. Malah, andai pengetahuan yang mendongakkan kepada ke langit, tetap keajaiban Tuhan kelihatan di sana. Hingga, setiap inci ruang bumi, mahupun tiap detik putaran waktu, takkan pernah terlepas dari ayat-ayat kewujudan dan keagungan Tuhan.”

– Farhan Al Banna

5 in stock

Compare
SKU: 978-967-12779-7-3 Category: Tags: , , Product ID: 21272

Additional information

Weight 0.320 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KITAB SANG ENGINEER”

Your email address will not be published. Required fields are marked *