Description
SYEIKH ABDUL QADIR AL – JAILANI telah dilahirkan pada tahun 1077M di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Parsi. Kerana itu, beliau diberi gelaran ‘ Al – Jailani ‘. Ayahanda beliau, Abu Salih Musa Al – Hasani adalah dari keturunan Hassan bin Ali, iaitu anakanda sulung Ali bin Abi Talib dan Fatimah. Al – Jailani adalah keeturunan nabi Muhammad S.A.W.
Ketika masih kanak – kanak, beliau banyak menghabiskan masa di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun ( 1095M ), beliau telah mengembara ke Baghdad untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang Fiqh Hanbali di bawah didikan beberapa orang ulama. Beliau menerima pendidikan Fiqh daripada Abu Ali Al – Mukharrimi, hadith daripada Abu Bakar bin Muzaffar, dan tafsir daripada ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar.