WANITA DAMBAAN SYURGA

RM75.00

KATEGORI BUKU
GENRE UMUM
PENULIS MOHD ZUHDI AHMAD KHASASI
PENERBIT INSPIRASI I MEDIA
BIL. HALAMAN 770
ISBN 9789671518212

 

Out of stock

SKU: 9789671518212 Category: Tags: , , , Product ID: 31760

Description

BUKU WANITA DAMBAAN SYURGA

Syurga yang menjadi dambaan setiap insan itu disediakan Allah untuk lelaki dan wanita yang beriman. Lalu, iman pula perlu dipupuk daripada ibadah yang telus kepada Allah. Hanya ibadah yang sempurna dapat mengilap mutiara iman yang terdapat di dalam dada setiap manusia. Namun, ibadah yang lengkap hanya mampu dicapai melalui penguasaan ilmu yang baik. Justeru itu, seorang wanita tidak mungkin dapat menempuh john ke syurga dengan mudah tanpa ilmu. Bererti, kegagalan seorang wanita menguasai ilmu secara lengkap, terutamanya ilmu fikah, secara tidak langsung menjerumuskan wanita ke jalan yang salah.

Naskhah WANITA DAMBAAN SYURGA, Bimbingan Lengkap Fikah Wanita Berdasarkan Realiti Zama dan Tempat, adalah modul komprehensif bagi membantu wanita menyempurnakan tanggungjawab mereka sebagai wanita dalam pelbagai peranan sama ada seorang anak, isteri, ibu dan malah pemimpin masyarakat. Lebih utama, sebagai hamba kepada seorang Pencipta, wanita juga perlu melunaskan tugas ini dengan ilmu yang autentik dan amalan yang luhur. Selain itu, buku ini juga disusun bagi membantu wanita menempuhi hidup pada zaman moden ini yang berbeza dan lebih mencabar daripada zaman dahulu. Kerana perbezaan latar tempat dan masa ini juga menyebabkan hukum Fikah juga turut berubah agar ia selaras dengan masa dan keadaan. Hanya dengan ilmu yang luas, amalan yang berterusan dan iman yang luhur, menjanjikan seorang itu menjadi WANITA DAMBAAN SYURGA yang kekal abadi.

Additional information

Weight 1.310 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “WANITA DAMBAAN SYURGA”

Your email address will not be published. Required fields are marked *