Sifat 20 – Panduan Lengkap Menuju Akidah Yang Benar

RM10.00

Buku ini adalah gabungan dari beberapa buku dijadikan menjadi satu. Antara lain ialah buku Ummul Barahin, al-Iman: Ankanuhu, Haqiqatuhu, Nawaqidhuh, Al-Muniyat al-Muhasy-syirat Mujibatul Jannah, Faridatul Fara’id fi ‘Ilmil ‘Aqa’id, Kitabut Tauhid, dan Syarah Kitab at-Tauhuhid. Pembahasan dalam buku tertumpu kepada sifat-sifat Allah yang lebih dikenal dengan istilah Sifat 20 dan sifat-sifat Rasul. Di samping itu dibincangkan juga kelebihan serta keutamaan Kalimah Tauhid dan perkara-perkara yang membatalkan iman, atau yang menyebabkan murtad. Ini bertujuan supaya pembaca dan kaum muslimin terjaga dari tergelincir ke dalam hal yang ditakuti itu. Dengan kata lain, buku ini berusaha membimbing dan memberi panduan kepada kaum muslimin agar tetap di dalam akidah yang lurus dan kebenaran.

Buku SIFAT 20 – Panduan Lengkap Menuju Akidah Yang Benar yang berada di tangan pembaca ini, menjelaskan sifat-sifat Allah dan Rasul, sama ada yang wajib, harus ataupun mustahil. Di samping itu, buku ini juga mengemukakan pelbagai hujah yang jitu membatalkan fahaman-fahaman sesat sekaligus menegakkan fahaman kita, Ahli Sunnah wal Jamaah.

Oleh itu, kami berharap semoga buku ini menjadi suatu yang dapat membina, menumbuh dan meluaskan lagi kefahaman tentang Allah, Rasul dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan akidah serta ketuhanan, dan menjadi bahan bacaan yang bermanfaat bagi generasi muda.

ISBN-13: 978-983-2087-68-6
Tarikh Terbit: Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 218

Penulis : Nor ‘Arifah Sabhan

3 in stock

Category: Tags: , , , Product ID: 14224

Additional information

Weight 0.250 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Sifat 20 – Panduan Lengkap Menuju Akidah Yang Benar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *