SAHAJA AKU MENCINTAI-MU

RM17.00

KATEGORI BUKU
GENRE UMUM
PENULIS AJWAD AMAL
PENERBIT GALERI ILMU
BIL. HALAMAN 200
ISBN 9789830974132

 

2 in stock

SKU: 9789830974132 Category: Tag: Product ID: 31720

Description

BUKU SAHAJA AKU MENCINTAI-MU

Buku ini adalah sebuah karya yang sarat dengan cerita-cerita menarik bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Semua kisah dan pengajaran itu berkisar pada perjalanan hidup yang ditempuh oleh penulis. Semestinya ia akan menambah kecintaan kita kepada Allah, meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi insan yang baik dan menambah kerinduan kita untuk mengejar syurga-Nya!

“Kalau Ameer boleh buat kamehameha, Ameer hendak tembak tangki air itu!” Sambil tangannya menuding ke arah sebuah tangki air yang tinggi di sebelah stesen minyak.

Saya memandangnya dan hanya tersenyum. Kali ini saya tidak berminat untuk berkata apa-apa. Sekadar tercuit hati dengan telatah Ameer. Teringat pula pada zaman kanak-kanak saya dulu. Zaman bermain yang paling menyeronokkan! Ameer yang sedang bersemangat menembak kamehame hanya ke arah tangki air, tiba-tiba menunduk dan kelihatan bersedih.

Saya hairan melihat perubahan riak wajahnya.

“Betullah. Apabila kita ada kuasa, rasa asyik hendak buat jahat sahaja,” katanya.

Saya tersentak. Saya memandang Ameer dengan perasaan terkejut. Bagaimana ayat itu boleh keluar dari mulutnya? Hairan! Tidak disangka kisah ini ada sambungannya. Yang lebih mengujakan, pengajaran ini saya dapat daripada seorang budak darjah dua!

Additional information

Weight 0.290 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SAHAJA AKU MENCINTAI-MU”

Your email address will not be published. Required fields are marked *