REMAJA BERTANYA USTAZ FAUWAZ MENJAWAB

RM14.00

Buku ini merupakan himpunan artikel soal jawab antara pembaca majalah Gen-Q (majalah berkonsepkan isu semasa anak muda) yang dikelolakan oleh al-fadhil Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.

Menariknya mengenai buku ini, setiap isu atau soal jawab dikemukakan secara santai dan bersahaja bagi memudahkan pemahaman para pembaca khasnya golongan remaja.

Modus penyampaian dan penerangan berkenaan hukum hakam yang berat. Turut dapat difahami dengan gaya bahasa yang mudah dan mesra pembaca.

Selain itu, soalan-soalan yang dikemukakan semuanya dekat dengan para remaja seperti soal berkaitan pergaulan antara lelaki dengan wanita, cinta, sukan, fesyen, kewangan dan sebagainya.

Kelebihan buku ini adalah:
● Pembaca akan lebih bersikap terbuka dan berlapang dada apabila berhadapan dengan sesuatu permasalahan atau hukum kerana penjelasan yang dipaparkan dalam buku ini jelas dan mudah difahami
● Menjadi panduan dan rujukan bagi bakal-bakal ustaz atau penceramah dalam menyampaikan ilmu atau menjawab persoalan hukum-hakam dengan cara yang lebih santai dan dekat dengan golongan anak muda
● Menyediakan tip berguna kepada remaja dalam menjalani kehidupan yang penuh godaan dan dugaan
● Boleh dijadikan cenderahati kepada rakan atau ahli keluarga sebagai panduan kepada mereka dalam mendidik diri sendiri mahupun anak-anak

Buku: Remaja Bertanya Ustaz Fauwaz Menjawab
Penulis: Ustaz Fauwaz Fadzil Noor
Penerbit: Telaga Biru
Terbit: April 2016
Format: Kulit Nipis
Halaman: 192
ISBN: 978-967-388-233-5

5 in stock

Category: Tags: , , , Product ID: 17010

Additional information

Weight 0.195 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “REMAJA BERTANYA USTAZ FAUWAZ MENJAWAB”

Your email address will not be published. Required fields are marked *