Pertunjuk Bagi Sekalian Orang Jawi Kepada Jalan Ulama-Ulama Yang Beramal

RM9.00

Pengarang kitab ialah Haji Dir atau Ayah Dir Sekam seperti yang tertulis di dalam kebanyakan kitab karangan beliau dan nama penuhnya ialah Haji Abdul Qadir Bin Haji Wangah Bin Abdul Latif Bin Uthman. Beliau lahir dalam tahun 1340 Hijrah (bersamaan 1921 Masihi) di Kampung Sekam, Palas, Pattani.

Seperti anak-anak Pattani yang lain, Haji Dir mengakhiri kembara ilmunya di Tanah Suci Makkah, belajar daripada guru-guru seperti Syeikh Ismail bin Abdul Qadir Al-Fathani (Pak Da Eil), Wan Din Besut (dalam ilmu Feqah) dan guru-guru bangsa Arab yang lain.

Kitab ini adalah di antara karangan beliau yang membicarakan tentang beberapa :

• Jagaan yang pertama: Untuk kita memikir hal dunia yang kita duduk hari ini hingga kematian kita masing-masing.
• Jagaan yang kedua: Bagaimana kelakuan kita selama duduk di alas dunia yang sebentar ini.
• Jagaan yang ketiganya: Bolehkah kita minta berhenti daripada menjadi manusia kerana malas, susah payah serba-serbi.
• lawn yang keempat: Adakah boleh kita duduk di alas dunia tanpa mengambil peduli apa-apa pun yang bersabit dengan amalan akhirat.
• Jagaan yang kelima: Adakah boleh kita beramal amalan akhirat dengan semata-mata menurut nafsu dan contoh yang karut.

Selain daripada itu pengarang turut membahaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan kehidupan seharian.

Isi kandungan kitab Risalah Irsyad Al-Jawiyyin Ila Sabil Al-Ulama Al-Amilin banyak mengandungi kata-kata nasihat dan motivasi yang amat berguna bagi kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini yang bersifat sementara. Semoga kitab yang kali ini dapat memberi manfaat yang besar buat kita semua. Hanya kepada Allah kita bermohon agar pengarang kitab ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah di atas usaha beliau membimbing kita kepada jalan yang diredhai Allah.

ISBN :9789674391287
Jumlah Muka Surat : 105
Berat (kg) : 0.145

3 in stock

Categories: , Tags: , , , , Product ID: 11945

Additional information

Weight 0.145 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pertunjuk Bagi Sekalian Orang Jawi Kepada Jalan Ulama-Ulama Yang Beramal”

Your email address will not be published. Required fields are marked *