Ketika Alam Bertasbih

RM15.00

Terungkainya Misteri Alam Melalui Petunjuk Al-Quran dan Sains

“Langit yang tujuh, bumi, dan semua yang ada dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan mereka bertasbih dengan memuji-Nya, namun kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia adalah maha penyantun lagi maha pengampun.”

Surah al-Israk, ayat 77

Tentu Anda Ingin Tahu:

  • Mengapa langit digelar ‘atap’ dunia?
  • Kewujudan sungai dalam laut
  • Air dan kunci ke syurga
  • Di manakah ‘paru-paru’ dunia?
  • Adakah sains membuktikan al-Quran?

Dalam surah al-Anbiyak, ayat 79, Allah menyatakan, “Dan sudah Kami tundukkan gunung-gunung dan
burung-burung, semua bertasbih bersama Daud.”

Timbul pula persoalan dalam benak kita, ‘Bagaimana gunung dan burung bertasbih?’

Gunung dan burung bertasbih dengan melaksanakan tanggungjawab mereka, supaya proses alam berjalan dengan lancar, tersusun, dan teratur. Alam pula bertasbih dengan terus mematuhi aturan
yang ditetapkan oleh Allah.

Ketika Alam Bertasbih melihat perkaitan antara al-Quran, sains, dan alam.
Betapa istimewanya anugerah kitab suci Tuhan, apabila digabungkan dengan pencerapan sains
dan kesudian menghargai alam.

Ketika Alam Bertasbih membongkar dan membedah keistimewaan alam.
Apabila kita berjaya menyebar keistimewaan alam, kita mendengar panggilan alam supaya supaya turut sama bertasbih. Bukan sekadar mengucapkan subhanallah, malah mengucapkan syukur,
dan menikmati apa yang ada pada alam dengan penuh rasa tanggungjawab.

Membaca Ketika Alam Bertasbih, semoga alam tidak sendirian lagi.

ISBN-13: 978-967-0142-65-4
Tarikh Terbit: 15 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 192

Penulis : Mohd Fadzil Akhir

5 in stock

Category: Product ID: 13063

Additional information

Weight 0.255 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ketika Alam Bertasbih”

Your email address will not be published. Required fields are marked *