Fikh Darah Wanita

RM21.00

Keterangan Buku :
Wanita dan perihal darah memang tidak dapat dipisahkan. Ia juga dipandang berat oleh agama Islam itu sendiri. Buktinya, Islam telah mengangkat perihal darah sebagai satu hal yang amat penting dan sangat berkait rapat dengan penetapan hukum-hukum tertentu.,

Buku Fiqh Darah Wanita ini tampil untuk menjelaskan tentang darah wanita dan hukum-hukumnya sebagai dasar pelaksanaan ibadah sehari-hari. Selain daripada penerangan tentang jenis darah-darah wanita seperti haid, istihadah dan nifas, buku ini juga turut mengupas rapi hukum-hakam yang berkait rapat dengannya seperti qada solat dan puasa, iktikaf di masjid, haji dan umrah, nikah dan talak, khuluk dan idah, sembelihan wanita haid dan sebagainya.

Dengan perbahasan dan persembahan yang praktikal, jelas, dan mudah difahami, buku ini boleh dijadikan pegangan bagi Muslimah khususnya dalam memahami perkara berkaitan dirinya. Buku ini mudah difahami kerana susunannya yang sistematik dan jauh daripada khilafiah (perbezaan pendapat) yang mengelirukan. Buku ini merupakan salah satu rujukan wajib kaum wanita yang mesti ada di setiap rumah.


 

ISBN: 9789673682133
Penulis : Prof. Dr. Soleh bin Abdullah Al-Laahim M.A.
Hukum Islam Fakulti Syarah, Universiti Al-Qasim, Saudi Arabia
Disemak Oleh: Dr. Mohd. Puzhi bin Usop
Muka Surat :377

Out of stock

Additional information

Weight 0.475 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Fikh Darah Wanita”

Your email address will not be published. Required fields are marked *