7 KEAJAIBAN DIET RASULULLAH

RM30.00

Out of stock

SKU: 9789674814144 Category: Product ID: 37517

Description

7 KEAJAIBAN DIET RASULULLAH

 

Rasulullah S.A.W. adalah Utusan Allah S.W.T. yang terakhir di muka bumi.

Tugas Baginda bukan sekadar membawa agama Islam, malah Rasul Ulul Azmi ini juga turut memikul tanggungjawabnya sebagai manusia iaitu sebagai seorang suami, ayah, sahabat dan pemimpin. Rasulullah S.A.W. bukanlah Malaikat.

Baginda sama seperti kita – manusia. Justeru, jika namanya manusia, maka ia tidak sesekali lari daripada fitrah insan. Makan, minum, tidur, berkahwin dan lain-lain. Hebatnya Rasulullah S.A.W. sebagai manusia, Baginda bukan sahaja memiliki kesihatan yang begitu menakjubkan, malah susuk tubuh Baginda yang tegap juga menunjukkan bahawa Baginda sememangnya seorang lelaki yang cukup sihat.

Adakah kesihatan Baginda ini semata-mata kerana anugerah Allah S.W.T. ataupun ada rahsia di sebalik amalan Baginda dalam kehidupan seharian yang dapat kita ikuti dan teladani bagi memperoleh kesihatan tubuh badan?

Topik yang akan dibincangkan dalam buku ini:

1. Menjawab persoalan ‘makanan sunnah’ dan realiti hari ini. Adakah makan makanan yang lain daripada apa yang Rasulullah S.A.W. makan dianggap tidak mengikut sunnah?

2. Rahsia bagaimana Rasulullah S.A.W. kekal tegap dan sihat. Bagaimana cara untuk kita juga mengamalkan supaya sihat dan meraih pahala?

3. Rahsia di sebalik etika pemakanan Rasulullah S.A.W.

4. Rahsia di sebalik makanan dan minuman Rasulullah S.A.W.

5. Bagaimana Rasulullah menjadikan ibadah juga sebagai kunci kesihatan.

6. Bagaimana Rasulullah S.A.W. beriadah.

Additional information

Weight 0.59 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “7 KEAJAIBAN DIET RASULULLAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *