WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI- JALAN LURUS MENUJU ALLAH

RM10.00

WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI – Jalan Lurus Menuju Allah

Nama sebenar beliau ialah Abu Muhammad, Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Al Jamai’li Al Maqdisi Ad Dimasyqi Al Hambali. Beliau seorang ulama mazhab Hambali yang amat faqih dan mempunyai karangan yang masyhur. Dilahirkan di Jama’ili iaitu sebuah perkampungan di kawasan Nablus, Palestin pada tahun 541H bersamaan dengan 1146M dan beliau meninggal dunia pada tahun 620H bersamaan dengan 1223M.

Beliau merupakan seorang Imam yang diikuti, mujtahid dan syaikul Islam. Beliau menghafaz al-Quran dan menguasainya sebelum usia balighnya. Beliau mengembara menuntut ilmu bersama dengan sepupunya Al Hafiz Abdul Ghani pada tahun 561H di Kota Baghdad. Beliau sempat belajar dengan Syaikh Abdul Qadir Al Jilani di madrasahnya di Baghdad selama 40 hari. Beliau mempunyai ramai guru dan juga mempunyai ramai murid. Antara gurunya yang terkenal ialah Ibnu Jauzi ra.

5 in stock

Compare
SKU: 978-967-0506-54-8 Category: Tags: , , Product ID: 21315

Additional information

Weight 0.140 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI- JALAN LURUS MENUJU ALLAH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *