RAHSIA PERUBATAN HABBATUS SAUDA’

RM9.00

Habatus Sauda-suatu jenis herba dari keluarga renonculacees yang ditanam bagi memperoleh biji ataupun bunganya. Biji Habatus Sauda’ ini berwarna hitam sedangkan namanya berbeza-beza mengikut, perbezaan tempat dan negara. Hasil kajian yang dilakukan oleh para doktor moden menunjukkan bahawa Habatus Sauda’ memiliki banyak kelebihan. Antaranya mampu mencegah pembiakan dua jenis kuman yang menyebabkan kematian ribuan kanak-kanak di dunia. Kedua-dua kuman atau bakteria itu kolera dan shigella. Kedua-dua jenis bakteria ini mengakibatkan cirit-birit yang teruk dikalangan kanak-kanak.
Umat Islam sejak zaman Rasulullah telah memberikan perhatian yang serius terhadap pentingnya Habatus Sauda’ ini. Kaum muslimin mendengar sendiri dan mulut baginda, bahawa “hendaklah kamu mengambil berat tentang Habatus Sauda’ kerana sesungguhnya pada Habatus Sauda’ itu terdapat penyembuhan bagi setiap penyakit kecuali maut”. Amalan perubatan yang dilakukan melalui penggunaan Habatus Sauda’ ini telah terbukti mampu menyembuhkan berbagai penyakit, seperti asma, kencing manis, jerawat, batu karang, merawat tekanan darah tinggi, sakit kepala dan lain-lain.
Kiranya pemaparan secara kajian tentang Habatus Sauda’ yang dinukilkan dalam buku ini mampu memberikan sumbangan dalam perubatan dan dapat digunakan dalam keperluan harian. insya Allah.

2 in stock

SKU: 978-983-099-408-6 Category: Tag: Product ID: 20366

Additional information

Weight 0.160 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “RAHSIA PERUBATAN HABBATUS SAUDA’”

Your email address will not be published. Required fields are marked *