PERGELUTAN DEMI PERUBAHAN

RM25.00

Buku yang anda tatap ini merupakan satu buku yang signifikan dalam merakamkan pergelutan dan naratif perjuangan seorang yang mendakwa memiliki jalur pemikiran-perjuangan Islamis Demokrat. Pergelutan, akibat persaingan semak-imbang (Sunan at-Tadaafuq), terangkum dalam tiga dimensi utama iaitu pergelutan dalaman parti, pergelutan dengan kebokrokan parti pemerintah dan pergelutan mengadvokasi risalah Rahmatan Lil ‘Alamin di negara ini.

Buku ini memaparkan pelbagai cubaan menegakkan dan meneguhkan fikrah perjuangan dalam  simpar-siur pergelutan pemikiran yang masing-masing bergelut mencari pengaruh dan tapak sokongan. Dalam persaingan fikrah yang getir yakni antara memposisi kedudukan Islam yang inklusif dan progresif, penulis dan rakan-rakan seperjuangan terpaksa berdepan dengan pemikiran yang memajukan doktrin yang tidak semestinya terbit atau disanksi (sanction) oleh tujuan utama syariah (Maqasid Al-Shariah).

5 in stock

Compare
Category: Tag: Product ID: 16674

Additional information

Weight 0.245 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PERGELUTAN DEMI PERUBAHAN”

Your email address will not be published. Required fields are marked *