Melihat Allah

RM15.00

Buku ini merupakan sebagai pelengkap ilmu tasauf yang banyak terdapat di perpustakaan. Banyak juga terdapat bahan terjemahan dalam berbagai judul yang mempunyai erti tersendiri. Tujuannya tetap satu iaitu pengetahuan tentang allah. Buku melihat allah ini menghuraikan secara terperinci dalam ilmu ketuhanan, guna melengkapkan pengetahuan ketuhanan. Terdapat hadis rasulullah s.A.W. Peri mustahaknya menitik berat pengetahuan tentang rabbul’ alamin:
Sekali peristiwa datanglah seorang sahabat kepada nabi s.A.W. Dengan menganjurkan pertanyaan; “ wahai rasulullah apakah amalan yang lebih utama?” jawap rasulullah s.A.W. “ ilmu pengetahuan tentang allah swt.! Sahabat itu rupanya menyangka rasulullah salah tangkap, ditegaskan lagi, “ wahai rasulullah kami bertanya tentang amalan, sedang anda menjawap tentang ilmu!” jawap nabi pula, “ sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu tentang allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disertai dengan kejahilan tentang allah.”
Hadis di atas meyakinkan kita betapa pentingnya ilmu mengenali allah amat penting. Akhirnya kami berharap dengan adanya buku ini akan dapat memberi petunjuk ke arah mempertingkatkan ilmu ketuhanan dan seterusnya mendapat petunjuk dan keredhaan nya.

ISBN-13: 978-983-9581-67-6
Tarikh Terbit: Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 315

Penulis : Dr. Musthafa Mahmoud

4 in stock

Category: Tags: , , Product ID: 12721

Additional information

Weight 0.370 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Melihat Allah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *