Mathla’ An-Najmain (2) (Rumi)

RM8.00

2 in stock

SKU: 9789670597096 Category: Tags: , , , , , Product ID: 26468

Description

Kitab kecil ini pada keseluruhannya dipetik daripada kitab Mathla’ Al-Badrain Wa Majma’ Al-Bahrain karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathani. Walau bagaimana pun terdapat sedikit sebanyak tambahan sebagai penjelasan supaya mudah difahami oleh para pelajar dan juga orang awam. Kitab ini mengandungi lima bab ibadat iaitu puasa, iktikaf, zakat, haji, umrah, dan sembelihan korban. Pada ibadat puasa antara yang disentuh ialah syarat-syarat sah puasa, yang membatalkan puasa, orang yang harus berbuka, kifarat puasa dan fidyah. Pada iktikaf disentuh rukun-rukun dan syarat-syarat sah iktikaf. Dan pada bab zakat antara yang disentuh ialah ; orang yang wajib mengeluarkan zakat, jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat, nisab zakat, zakat fitrah dan orang yang berhak menerima zakat. Dan pada bab yang terakhir mengenai ibadat haji dan umrah. Antara yang disentuh ialah syarat-syarat wajib haji, miqat haji dan umrah, rukun-rukun haji dan umrah, syarat-syarat tawaf dan sai’i, wajib-wajib haji dan umrah, ihram haji dan umrah, tawaf wida’, dam (fidyah) dan sekatan. Dan pada bab sembelihan korban disentuh tentang syarat-syarat sah korban, binatang yang patut dibuat korban dan hukum daging korban.

Additional information

Weight 0.175 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mathla’ An-Najmain (2) (Rumi)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *