Hingga Hujung Waktu

RM25.90

KATEGORI NOVEL
GENRE  MISTERI
PENULIS

 Saidee Nor Azam

PENERBIT BUKU PRIMA
BIL. HALAMAN  672
ISBN 9789670342856

Out of stock

SKU: 9789670342856 Category: Tags: , Product ID: 27573

Description

Sebuah jam antik yang dibeli Datuk Osman akan menjerit tatkala jarum tepat ke pukul 12.00 tengah malam. Namun ia hanya berlaku pada setiap malam Jumaat sahaja. Apa yang menyeramkan, jam antik itu akan menjerit ngeri persis suara wanita yang berada di dalam ketakutan. Manakala Irfan Rushidi pewaris segala harta milik Datuk Osman telah kehilangan kekasih hati yang amat dicintainya, Ayu Aleya. Pihak polis turut gagal menemui sebarang jawapan yang pasti. Sahabat baik Irfan Rushidi, Zulke? i pula amat setia melindungi dan menolongnya dalam apa jua keadaan. Cuma Zulke? i agak keberatan untuk menolong Irfan Rushidi mencari Ayu Aleya. Antara kesetiaan, cinta dan persahabatan, apakah pilihan Irfan Rushidi? Ketika deringan jam antik Datuk Osman masih kekal dalam misteri…

“Ingatlah pesanan Leya ini sayang. Cinta Leya pada Irfan hingga ke hujung waktu. Ya, Leya berjanji akan mencintai Irfan hingga hujung waktu.” – Ayu Aleya

“Tolonglah… jangan menjerit lagi, ampunkan aku… aku tahu aku banyak dosa. Ampunkanlah aku.” – Datuk Osman

“Ikutkan hati Irfan, memang nak gunting semua rambut Leya ni, geram…” – Irfan Rushidi

“Kenapa kau tak jujur dengan aku, kenapa kau sanggup korbankan nyawa semata-mata kerana aku. Kau bodoh Rasydan, kau bodoh!” – Inspektor Maria

Additional information

Weight 0.515 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hingga Hujung Waktu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *