Gigitan

RM30.00

Penulis :Zaifuzaman Ahmad
Kategori: Thriller
ISBN : 978-967-446-316-8
Halaman: 416

Out of stock

Category: Tags: , , , , , Product ID: 26339

Description

SEORANG demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini.

Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya.

Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit oleh buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung minggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk.

Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran buntu memikirkan hal ini. Sama ada ianya betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.

Additional information

Weight 0.315 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Gigitan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *