Di Atas Takdir Ilahi

RM29.90

Nur An Nisa, gadis yang di anggap liar dan jahat rupa-rupanya menyimpan sejarah duka yang begitu tragis sehingga menghukum dirinya hingga ke akhir hayatnya. Trauma, ketakutan dan mimpi ngeri terus menghambat dirinya baik di dalam jaga mahupun lena.

 

“Kerana kau oranglah aku jadi jahat! Kerana kau oranglah aku jadi pemabuk! Kerana kau orang aku tak ada semangat belajar! Hidup aku bergelumang dengan dosa! Kau orang hancurkan hidup aku! Kau orang jadikan hidup aku tak ubah macam dalam neraka! Kau orang bunuh kehidupan aku! Bunuh masa depan aku!”

 

Pertama kali memandang An Nisa, mengundang rasa simpati yang tidak terhingga pada  Irfan Maliki. An Nisa seolah sedang bertarung dengan konflik jiwa yang sangat tenat. Gadis itu perlu dibantu. Enggan melihat An Nisa terus tergelincir di jalan salah, Irfan menggalas tanggungjawab untuk membawa An Nisa pulang ke pangkal jalan.

 

“Di Atas Takdir Ilahi yang telah menjadi ketetapan buat diriku, sesungguhnya aku relakan segala yang telah terjadi di dalam hidupku. Aku relakan takdir itu semata-mata demi meraih redha-Mu. Ya Allah! Kerana hanya redha-Mu yang akan menjamin keselamatan hidupku di dunia dan akhirat.

 

Jadikanlah kerelaanku ini sebagai hujah untukku, bagi membela diriku di hadapan-Mu nanti Ya Allah! Semoga dengan belas dan rahmat kasih-Mu ianya dapat menyelamatkan aku dari api neraka-Mu, seterusnya melayakkan diriku untuk memasuki syurga Ilahi yang kudambakan”.


 

Pengarang: Qis Zakirah

Penerbit: SR Publication

ISBN: 9789675822360

 

5 in stock

SKU: 9789675822360 Category: Tags: , , Product ID: 17153

Additional information

Weight 0.550 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Di Atas Takdir Ilahi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *