Bahagia Dengan Islam

RM14.00

Indahnya hidup ini jika berlandaskan Islam. Islam agama yang sempurna dan tidak pernah menyusahkan umatnya. Ia lebih indah jika dilaksanakan dengan sabar dan ikhlas. Meninjau senario umat Islam kini, rata-rata umat Islam kini ketandusan sifat ikhlas berdasarkan pelbagai krisis dan kemelut meruncing yang melingkari hidup mereka. Tidak cukup dengan krisis sosial, kelonggaran iman, pertelagahan sesama Islam, ditambah lagi dengan godaan pesona dunia yang semakin jauh menghanyutkan manusia daripada landasan Islam yang sebenarnya.

Kesemua faktor ini memungkinkan kepupusan sifat ikhlas dari hati sanubari umat Islam. Untuk keluar daripada kemelut ini, tidak ada jalan lain bagi umat Islam melainkan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. “Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.” (HR Muslim: 2564)

Dalam melaksanakan syariat Islam, tidak perlu berlebih-lebihan dalam melakukannya. Ini kerana Islam agama yang sederhana dan memudahkan umat untuk melaksanakan syariat. Dada Islam itu luas, bahagialah mereka yang mengamalkannya. Buku ini adalah mengenai asas-asas Islam.

 


ISBN : 978-967-361-166-9
Jumlah Muka Surat : 180 Page
Tarikh Terbit : 04 Ogos 2015

PENULIS : PROF. MADYA DR. ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU

5 in stock

Additional information

Weight 0.25 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bahagia Dengan Islam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *