Ulama Hadis: Makhluk Asing Dari Bumi

RM20.00

KATEGORI BUKU
GENRE AGAMA
PENULIS KAMILIN JAMILIN
PENERBIT PTS
BIL. HALAMAN 248
ISBN 9789674811778

 

2 in stock

Compare
SKU: 9789674811778 Categories: , Tag: Product ID: 28805

Description

Buku ini menghimpunkan 60 kisah unik & luar biasa para ilmuwan Islam khususnya para ahli hadis (muhaddithin). Bukan sahaja menjadi motivasi, bahkan uniknya mampu menjadi teguran buat kita semua.
Antara kisah yang menarik di dalam buku ini:
– Imam Al-Bukhari sentiasa bersedia untuk berperang?
– Imam Al-Syafie sudah mampu memberikan fatwa seawal umur 18 tahun.
– Abu Hatim Al-Razi berjalan kaki lebih 7,000KM demi ilmu.
Jika kita soroti sejarah kehidupan para ulama terbilang, nescaya kita akan menemui pelbagai sumber tenaga ajaib yang mampu memberi kita kekuatan untuk terus beramal soleh dengan penuh konsisten.
Kisah-kisah hidup mereka bukanlah sesuatu yang di luar batas kemampuan normal manusia ataupun disebabkan karamah khas anugerah Allah. Namun, “keajaiban” tersebut adalah hasil daripada kesungguhan, tekad, keluhuran hati, sikap dan usaha luar biasa yang jarang dimiliki oleh manusia biasa.
Buku ini juga mengupas sisi yang berbeza tentang sikap dan kehidupan para ulama hadis yang juga manusia biasa. Mereka tidak maksum daripada kekurangan sebagai manusia biasa.
Buku ini ditulis berpandukan rujukan daripada lebih 40 buah sumber biografi para ilmuwan Islam seperti Siyar A’lam Al-Nubala’ karangan Al-Dzahabi, Syarafu Ashab Al-Hadith karangan Khatib Al-Baghdadi dan pelbagai sumber rujukan lagi.
Keunikan kisah-kisah ulama yang menakjubkan ini akan menimbulkan persoalan dalam diri, “Adakah mereka ini manusia biasa seperti kita, ataupun mereka ini sebenarnya makhluk asing dari bumi?”.
Penulis adalah Ahli Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, Dr. Kamilin Jamilin. Beliau adalah ahli termuda dalam Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan.

Additional information

Weight 0.242 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ulama Hadis: Makhluk Asing Dari Bumi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *