SYEIKH MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI YANG KU KENALI

RM16.00

Apabila berada di Syam dalam meneruskan tradisi ilmu, penulis kerap kali menghadiri majlis Syeikh kerana ketika itu beliau merupakan antara tokoh yang dianggap paling menonjol dan terbilang di bumi Syam. Rakan-rakan penulis dari jauh seperti Halab,Salqin dan lain-lain apabila mengunjungi kota Damsyiq biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar buah fikiran Syeikh dan mengikut pelajarannya. Begitu juga penulis mendapati ramai pelajar dari dunia Arab yang menetap di Kota Damsyiq seperti Algeria, Sudan dan Mesir turut menghadiri majlis ilmu Syeikh al-Buti.

Antara keistimewaan Syeikh ialah bahasa yang digunakannya indah dan mudah difahami di samping ketinggian adab sasteranya yang begitu menyerlah. Biasanya, dalam ceramah yang disertai oleh ramai ulama khususnya Ihtifal Maulidur Rasul maka Syeikh al-Buti akan menjadi penceramah terakhir dan menggulung perbincangan bahkan menambahkan fakta fakta ilmiah yang baru berdasarkan pengamatannya yang mendalam.

5 in stock

Compare
Category: Tags: , Product ID: 19718

Additional information

Weight 0.095 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SYEIKH MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI YANG KU KENALI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *