Siraj Al-Qari (Jawi)

RM24.00

2 in stock

Compare
SKU: 9789670597515 Categories: , Tags: , , Product ID: 26480

Description

Siraj al-Qari adalah sebuah kitab tajwid yang sangat masyhur yang diterjemahkannya oleh Sheikh Muhammad Saleh bin Zainal Abidin (Tuan Minal) bin Muhammad al-Fathani, yang ditulis dalam bahasa Melayu lama loghat Fathani. Kemudian saya ubahsuaikannya kepada bahasa Malaysia dalam edisi Jawi dan Rumi. Kandungannya agak lengkap dan sesuai untuk dijadikan bahan rujukan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah, pelajar-pelajar sekolah pondok, para guru dan imam-imam masjid dan madrasah serta mereka yang ingin menjadi qari pada peringkat daerah, negeri dan antara bangsa. Antara kandungannya : • Bab isti’azah, bab basmalah, bab hukum nun yang mati dan tanwin, fasal mim yang mati, bahagian mim dan nun yang bersabdu dan fasal idgham. • Bab lam ta’rif. Fasal tafkhim dan tarqiq ra’ , fasal tarqiq dan tafkhim lam. • Bab makhraj huruf dan sifatnya, fasal sifat-sifat huruf. • Bab hukum mad dan qasar. Perbezaan antara raum dan ikhtilas, ḥa’ ganti nama. Bab waqaf dan ibtida, fasal bahagian waqaf. • Bab penulisan Al-Quran (rasam). Tawatur bacaan daripada Nabi. Maksud tujuh huruf. Dan nama-nama qurra’ yang tujuh. • Bacalah Al-Quran dengan lagu Arab. Jauhkan daripada membaca- nya dengan lagu orang fasik dan lagu dua kitab. Asal usul lagu. Awasi daripada lagu yang diperbaharui. Bacaan yang ditegah dan yang diharamkan. • Tujuan utama pada bacaan Al-Quran. Waktu yang afdal bagi membaca Al-Quran. Kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran. Adat khatam Al-Quran berbeza-beza mengikut kadar kemampuan. Adab khatam Al-Quran sangat banyak. Adab berdoa. Antara doa khatam Al-Quran.

Additional information

Weight 0.435 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siraj Al-Qari (Jawi)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *