Sale!

SEMUA ADA SAATNYA (USTAZ ABDUL SOMAD)

RM35.00 RM31.50

KATEGORI BUKU
GENRE UMUM
PENULIS SYEIKH MAHMUD AL-MASRI
PENERBIT SYABAB
BIL. HALAMAN 346
ISBN 9789670884226

 

2 in stock

Compare
SKU: 9789670884226 Categories: , Tags: , Product ID: 28794

Description

Hidup tidak perlu selamanya serius. Perlu ada waktu-waktu lapang yang menyeronokkan walaupun hanya sekejap. Tujuannya supaya hidup kita ini sentiasa bersemangat, bermotivasi dan tidak bosan menghadap hari-hari yang panjang dan membebankan.  Disebabkan itulah, terdapat juga cerita-cerita ringan yang menjadi pengajaran di dalam Al-Quran. Tidak hanya mengandungi ayat arahan ataupun larangan semata-mata. Surah Yusuf juga dikatakan turun disebabkan keluhan daripada sahabat-sahabat yang letih mendengarkan ayat-ayat syariat. Jadi Allah menceritakan kisah Yusuf secara panjang lebar.

Begitulah lumrahnya, tabiat manusia yang sentiasa sukakan keseronokan dan hiburan. Agama juga tidak melarang sesiapa pun untuk bersantai-santai di antara aktiviti-aktiviti berat mereka. Namun begitu, kita perlu tahu waktu bila kita perlu bergurau atau berhibur dan waktu bila kita perlu serius.

Buku “Semua Ada Saatnya” ini mengajak pembaca supaya lebih menikmati hidup dengan membaca kisah-kisah menarik dan santai yang memberikan inspirasi dan semangat. Kisah-kisah di dalam buku ini diharapkan dapat memastikan iman kita sentiasa terjaga. Tidak syak lagi, buku ini sesuai untuk anda baca pada waktu-waktu santai anda.

 

Additional information

Weight 0.595 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SEMUA ADA SAATNYA (USTAZ ABDUL SOMAD)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *