Membongkar Rahsia Dunia Melayu

RM39.90

MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA: MENJAWAB  KEKELIRUAN SEJARAH

Dewasa ini, pelbagai  serangan dan tohmahan dibuat  mengenai kedudukan Melayu-Islam.  Serangan

yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah,

penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya.  Selain itu, serangan itu juga dilakukan

terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada

umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka.

Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar

kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di

negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah

seorang Muslim.  Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi

kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di

negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan

Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah

identiti dan jati diri penduduk Islam di sana.

Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan

minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit

yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu.  Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang

mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka.

“Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang

Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?”

ISBN-13: 978-967-5391-39-2
Tarikh Terbit: Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 300

Penulis : Srikandi, Al-Semantani Ibnu Rusydi

Out of stock

Compare
Category: Product ID: 13334

Additional information

Weight 0.555 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Membongkar Rahsia Dunia Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *