Kenali Hadis Sahih, Dhoif, Palsu

RM15.00

“Al-Manarul Munif Fis Sahih wa Dhoif” adalah antara puluhan buku tulisan Ibnu Qayyim al-Jauziyah (751H) berkaitan cara untuk membezakan hadis sahih dan palsu yang sering diguna pakai. Karya ini ditulis 3 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Tanpa melihat kepada rangkaian sanad perawinya, buku ini menjelaskan cara mengenali hadis palsu hanya dengan melihat isi kandungan sahaja.
Contoh-contoh yang diberikan di dalam buku ini menggunakan hadis yang popular dalam kalangan masyarakat kini. Alangkah terkejutnya kita apabila mengetahui hadis yang popular itu sebenarnya palsu! Ibnu Qayyim menjelaskannya satu persatu.
Buku Al-Manarul Munif ini diberi beberapa nilai tambah:
•Dari sudut takhrij daripada kitab-kitab ulama yang lain.
•Ulasan ringkas bagi memudahkan pembaca memahami maksud hadis yang dijelaskan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
•Isi kandungan hadis disertakan dengan bahasa Arab dan terjemahan bahasa Melayu bagi memudahkan rujukan.
Diharapkan dengan kehadiran buku Al-Manarul Munif ini dapat membantu para pendakwah, guru-guru, serta seluruh umat Islam khususnya,mengenali hadis-hadis palsu sekali gus bertindak menghalang hadis tersebut daripada terus disebarkan.

Format : Softcover
Saiz : 15.2″ x 22.8″
ISBN : 978-967-3611-50-8
Tarikh Terbit : 02 Jun 2015
Jumlah Muka Surat : 156
Berat (kg) : 0.245


 

1 in stock

Compare
Category: Product ID: 538

Description

Additional information

Weight 0.245 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kenali Hadis Sahih, Dhoif, Palsu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *