Ikhwah Pakai Jeans : Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki

RM25.00

Buku Ikhwah Pakai Jeans: Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki atau nama singkatannya, IPJ, merupakan himpunan tulisan terpilih Inche gabbana menerusi blognya yang popular, Angel Pakai Gucci. Asal pembukuan tulisan-tulisan Inche gabbana ini adalah setelah melihat kurangnya buku-buku bekalan khusus buat para pendakwah Islam dalam kalangan lelaki. Namun dengan bahasa yang bersahaja dan selamba, buku ini telah berjaya menarik minat sesiapa sahaja dari peringkat umur yang berbeza untuk membacanya.

Buku ini juga diterbitkan dengan matlamat untuk menyebarluaskan mesej-mesej tarbiah dan dakwah agar ia dapat menembusi segmen masyarakat yang jarang-jarang ditembusi selama ini. Kerana itu bahasa dan gaya penulisan buku ini amat unik dan bersahaja (sempoi).

Terdapat 37 artikel yang dihimpunkan dengan enam tema utama yang berbeza:

• Jalan Ini Sumpah Panjang – Jalan dakwah yang dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi
• Qudwah Sebelum Dakwah – Kepentingan untuk menjadi contoh tauladan yang baik
• Haihai Babai Jahiliyyah – Urgensi untuk meninggalkan maksiat dan perkara-perkara yang tidak berfaedah
• Menjadi Murabbi Itu Osem – Galakan untuk menjadi pendidik dan pendakwah
• Ukhuwah Manis Potong Kaki – Persahabatan dan persaudaraan yang indah di atas jalan dakwah
• Hamasah Yang Menggugah – Motivasi di atas jalan dakwah

ISBN-13: 978-967-1277-90-4
Tarikh Terbit: May 2015
Jumlah Muka Surat : 251

Penulis : Inche Gabbana

5 in stock

Compare
Category: Tags: , , Product ID: 14441

Additional information

Weight 0.370 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ikhwah Pakai Jeans : Kerana Akhirnya Ikhwah Itu Seorang Lelaki”

Your email address will not be published. Required fields are marked *