Ibn Arabi menyingkap tabir Fitnah

RM35.00

Gelaran al-Syeikh al-Akbar yang disematkan kepada Ibn Arabi tidak lain kerana keahlian atau kepakaran beliau dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain telah mencapai darjat yang tinggi dalam tasawuf, beliau juga menguasai hampir semua bidang ilmu dalam Islam seperti fiqah, usul fiqh, tafsir, hadis, teologi dan lainnya. Semua itu dicurahkan dalam kitab-kitab hasil karya beliau yang bilangannya mencapai ratusan judul.

Namun ramai umat islam yang keliru dalam menilai keyakinan Ibn Arabi. Merujuk kepada beberapa kitab beliau, Ibn Arabi dikatakan mempunyai keyakinan hulul (adanya kesatuan antara Allah dengan manusia) dan ittihad (setiap komponen alam ini adalah bahagian daripada Zat Allah). Keyakinan sebegini jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah dan tergolong dalam keyakinan yang sesat.

Anehnya dalam kitab-kitab Ibn Arabi yang didakwa mengandungi ungkapan-ungkapan hulul dan ittihad, terdapat banyak ungkapan-ungkapan tanzih yang menyerlahkan keyakinan Ibn Arabi selari dengan keyakinan Ahli Sunah Waljamaah. Persoalannya, bagaimana dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang pengarang mengandungi dua keyakinan yang bertentangan. Buku Ibn Arabi : Menyingkap Tabir Fitnah memberi jawapan terhadap persoalan yang aneh ini.

ISBN-13: 978-967-5370-94-6
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 283

Penulis : Ustaz Ahmad Faidzurrahim

5 in stock

Compare
Category: Tags: , , , , Product ID: 12880

Additional information

Weight 0.550 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ibn Arabi menyingkap tabir Fitnah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *