ENSIKLOPEDIA AL-QURAN (EDISI JIMAT)

RM50.00

KATEGORI BUKU
GENRE AL-QURAN
PENULIS SYEIKH MUHD MUJAHID
PENERBIT MUSTREAD
BIL. HALAMAN 396
ISBN 9789670392059

 

2 in stock

Compare
SKU: 9789670392059 Category: Tag: Product ID: 28890

Description

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira’ kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.

Namun kebesaran wahyu Allah SWT ini, ia dapat berkembang dari sebuah kota ke sebuah negara dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia dan bertahan lebih 1400 tahun. Tintanya hanya dakwat dari cairan warna-warni. Lembarannya hanya kertas daripada tumbuh-tumbuhan kenaf yang melata di bumi. Ia adalah nur petunjuk jalan bagi insan yang punya mata hati. Teksnya adalah wahyu yang boleh diterima oleh insan pilihan dan suci (Nabi dan Rasul). Wahyu yang merupakan himpunan firman Allah SWT, Tuhan yang esa. Dialah Tuhan langit dan bumi. Apakah yang lebih tinggi dan suci daripada semua itu?

Siapa yang perlu memiliki buku ini

Buku Rnsiklopedia Al Quran ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. ‘Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain. 150 fakta bergambar tentang Al-Quran dan banyak lagi.

 

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah SWT (Al-Quran) dan sunah Rasul”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Additional information

Weight 0.63 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ENSIKLOPEDIA AL-QURAN (EDISI JIMAT)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *