Bidayatul Mubtadi wa ‘Umdatul Aulad (Edisi Semakan) (Rumi)

RM14.00

2 in stock

Compare
SKU: 9789670597522 Category: Tags: , , , , Product ID: 26472

Description

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah mahkota ulama Asia Tenggara pada kurun ke 18. Beliau satu-satunya ulama pada kurun dan zamannya. Namanya bergemerlapan di seluruh pelusuk umat Islam di Asia Tenggara. Beliau banyak mengarang kitab, yang paling masyhurnya ialah kitab “Sabila al-Muhtadin Fi at-Tafaquh Fi ad-Din”, yang merupakan sebuah kitab rujukan yang paling masyhur dalam mazhab Syafi’i di Asia Tenggara. Beliau dilahirkan pada tahun 1710 Masihi di Banjar, Kalimantan, Indonesia. Datuknya pernah menjadi Sultan Mindanao, Filifina. Beliau dijadikan anak angkat oleh Sultan Banjar. Ketika remaja beliau dihantar oleh Sultan Banjar ke Mekah untuk mempelajari ilmu agama. Beliau belajar di Mekah selama 35 tahun, kemudian di Madinah selama 5 tahun. Apabila pulang ke tanah air beliau disambut dengan meriah oleh Sultan Banjar serta rakyat jelatanya. Dalam kitab “Bidayatul Mubtadi Wa ‘Umdatul Aulad” ini beliau mengisi dengan beberapa bab, seperti bab akidah, yang merangkumi fasal-fasal iman, Islam dan syahadah, bab ibadat yang merangkumi fasal-fasal; bersuci, wuduk, mandi wajib, haid, nifas dan istihadah, solat fardu dan solat sunat, solat jamak dan qasar, zakat, puasa dan haji dan umrah dan makanan dan binatang yang halal dan haram dimakan. Kitab ini sesuai dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah, sekolah pondok, dan orang awam. Ia sesuai dimiliki oleh ibubapa sebagai rujukan keluarga di rumah masing-masing.

Additional information

Weight 0.315 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bidayatul Mubtadi wa ‘Umdatul Aulad (Edisi Semakan) (Rumi)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *