Berdialog Dengan Jin

RM25.90

Suatu hari, ketika saya menjadi pemimpin Masjid Al-Malik di Hada’iq Al-Qubbah, sementara imam dan pengajarnya ialah Syaikh Abdul-Hamid Kisyik, salah seorang guru yang saya hormati – terjadi suatu peristiwa aneh. Satu gadis jin telah memasuki jasad seorang gadis manusia. Kedua-dua mereka adalah muslimah. Kejadian gadis berlaku di hadapan mata saya dalam keadaan yang tidak diragukan sama sekali, Sejak itu, pengalaman saya mengenai keanehan dunia ghaib terus bertambah. Bahkan, ada yang tidak mampu digambarkan oleh sesiapa.
Selepas beristikharah kepada Allah untuk menulis buku ini, Allah memberikan kehendak-Nya sehingga saya dapat berhubung dengan satu jin muslim. Sebelum ini, jin itu kafir. Tetapi kemudian Allah memuliakannya dengan Islam. Walau bagaimanapun, saya memohon maaf kerana tidak mendedahkan cara pertemuan kami kerana pada pandangan saya perkara itu tidak mendatangkan manfaat yang boleh dikongsi.
Jin yang saya maksudkan ini berasal daripada keluarga Konjur dan memilih nama Musthafa sebagai nama Islamnya. Boleh dikatakan semua persoalan mengenainya adalah sangat ganjil. Jadi, sebaiknya kita bersangka baik sahaja.Dalam pelbagai pertemuan dan dialog yang terjadi antara saya dan dia, saya telah bertanya ratusan soalan dan mengajaknya berbincang mengenai pelbagai masalah. Beliau juga pernah menunjukkan di depan mata saya pelbagai keajaiban yang dikhususkan oleh Allah kepada makhluk sepertinya. Apabila beliau mula yakin dengan persahabatan kami, beliau beberapa kali berkata kepada saya, betapa banyaknya perkara yang selama ini diyakini secara keliru oleh manusia. Saya bermohon kepada Allah supaya buku ini bermanfaat bagi setiap muslim dan bakal menjadi jalan hidayah buat mereka yang sesat dan dimurkai Allah.

ISBN-13: 978-967-5391-19-4
Tarikh Terbit: Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 235

Penulis : Muhammad Isa Dawud

5 in stock

Compare
Category: Product ID: 12699

Additional information

Weight 0.335 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Berdialog Dengan Jin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *