Beduk Diketuk Lagi

RM26.00

Beduk Diketuk Lagi” diketengahkan untuk menyedarkan dan memberi peringatan kepada umat manusia. Terdapat persoalan mengenai diri, keluarga, masyarakat dan ummah yang disentuh dalam buku ini. Penulis telah menyatupadukan soal iman, kepakaran, ekonomi, politik dan pendidikan dalam kisah-kisah yang dipaparkan. Penulisan beliau berkisar tentang tarbiah, mengejutkan bersulam kiasan dan membuat teguran bersalut gurauan.

Buku ini membawa masej yang jelas bahawa Islam untuk diamalkan, bukan untuk dislogankan. Realiti masa kini, Islam perlu ditegakkan bukan hanya untuk dikenang sebagai nostalgia masa silam. Namun, jawapan yang paling terbaik ialah melalui tindakan bukan hanya sekadar percakapan. Malah tindakan yang paling berkesan adalah akhlak yang baik. Oleh itu, buku seumpama ini perlu diketengahkan selalu dan sentiasa diberi nafas baru untuk membentuk jiwa masyarakat agar menjadi lebih kritis tanpa mengetepikan agama Islam.

Buku “ Beduk Diketuk Lagi” menyusul setelah buku “Beduk Diketuk” yang telah diterbitkan empat tahun lalu mandapat sambutan yang baik daripada masyarakat. Buku kedua ini meneruskan lagi pandangan luar kotak dan penilaian yang tersirat sepertimana buku yang pertama. Namun, kali ini masej serta gagasan idea yang menarik dan kritis telah diketengahkan secara menyeluruh dan lebih luas. Penulisan buku ini adalah bukti lena dan leka yang panjang umat Islam yang memerlukan kejutan berkali-kali.


Format : Softcover
Saiz : 14 cm x 21 cm
ISBN : 978-967-388-187-1
Tarikh Terbit : 16 Mac 2015
Jumlah Muka Surat : 224
Berat (kg) : 0.42

5 in stock

Compare
Category: Product ID: 1296

Additional information

Weight 0.42 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Beduk Diketuk Lagi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *