Agar Solat Tidak Sia-Sia

RM16.90

Nilailah solat anda hari ini. Adakah solat yang dilakukan sehari-hari masih terasa berat dan membebankan? Apakah matlamat solat jika solat 5 waktu telah ditunaikan, namun masih lagi melakukan dosa-dosa seperti minum arak, mengumpat, tidak menutup aurat dan berjudi? Justeru, adakah solat tidak memberi kesan dalam jiwa anda?

Sudah sampai masanya anda menilai kembali solat anda dan mencari semula kemanisan dalam ibadah solat. Jangan biarkan solat yang anda lakukan sekadar solat yang sia-sia. Nauzubillah jika solat yang dilakukan berpuluh tahun itu menjadi solat yang tidak diterima di sisi Allah.

Izinkanlah buku ini membantu anda dalam menginsafi diri serta memberi tunjuk ajar dalam memperbaiki ibadah solat anda sehari-hari. Antara poin menarik yang boleh didapati dalam buku ini adalah:

1. Huraian & sebab mengapa solat menjadi kewajipan setiap umat Islam.

2. Ketahuilah keistimewaan & keajaiban dalam melakukan solat 5 waktu.

3. Huraian terperinci dalil kewajipan solat dari perspektif al-Quran & Hadis.

4. 15 sebab luaran & dalaman mengapa solat anda menjadi sia-sia.

Solat itu tiang agama. Tanpa solat yang kukuh maka akan runtuhlah tiang agama. Jangan bertangguh untuk memperbaiki solat anda. Lakukan anjakan paradigma yang terbaik dalam menjadikan solat sebuah ibadah yang sempurna, khusyuk dan sebagai bekalan amalan soleh yang akan dibawa ketika menghadap Tuhan Maha Pencipta.

 

Penulis: Fahrur Muis

5 in stock

Compare
Category: Tags: , , , Product ID: 12077

Additional information

Weight 0.30 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Agar Solat Tidak Sia-Sia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *