25 Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Islam

RM19.90

Ajaran Islam terbina daripada tiga kerangka asas iaitu akidah, syariah dan akhlak yang mesti berjalan seiring tanpa mengenepikan asas kerangka yang lain. Dalam dunia yang serba maju, rata-rata manusia mengejar kesenangan dan kemewahan hidup. Ada pula yang hidupnya hanya untuk berseronok semata-mata sehingga mengabaikan kepentingan nilai agama dalam kehidupan. Akhirnya terbentuklah generasi manusia yang hidupnya terabai dari nilai murni yang sepatutnya menjadi neraca ketamadunan ummah.
Kerosakan akhlak ini pula berpunca kepada manusia yang kurang berpegang kepada ajaran agama yang sepatutnya menjadi tunjang dalam kehidupan. Apabila agama mula dipinggirkan, maka akan muncul satu persatu bencana yang tidak hanya menimpa kepada ahli maksiat, malah akan terpalit juga kepada keseluruhan anggota masyarakat.
Prinsip berpegang teguh kepada agama ini adalah amat penting dalam usaha kita mengatur kesempurnaan hubungan dengan Allah SWT, di samping memandu manusia menjalin hubungan sesama manusia dan anggota masyarakat. Penghayatan terhadap nilai mahmudah dan menjauhi mazmumah mampu menjadi penawar dalam mengubati penyakit masyarakat

ISBN-13: 978-967-0392-55-4
Tarikh Terbit: Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 206

Penulis : Mohd Kamel Mat Salleh

5 in stock

Compare
Category: Tags: , , , , Product ID: 12856

Additional information

Weight 0.310 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “25 Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Islam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *