Apa itu Kitab Turath/ Kitab Kuning ??

Apa itu Kitab Turath/ Kitab Kuning ??

kitab-turath-fb-01

 

ULAMA DAN KITAB TURATH. KENAPA ILMUNYA PERLU DIKETAHUI MASYARAKAT ISLAM MODEN DI MALAYSIA.

Jika saya dedahkan kepada anda tentang RAHSIA KITAB TURATH, KEISTIMEWAAN DAN KEPENTINGAN yang nyata melalui pembacaannya, anda tidak akan berganjak kerana ILMU nya.

Ini adalah khas kepada mereka yang mengkaji dan mendalami cabang ilmu Islam, sumber-sumber utama dan rujukan daripada penulisan Ulama dalam ilmu Akidah, Fiqh dan Tasawwuf islam.

Sebelum itu, saya yakin masih ramai yang belum mengetahui secara jelas tentang Kitab Turath.

Apa itu kitab Turath?

1) Kitab Warisan, Tradisional atau disebut juga dengan istilah kitab tua, kitab kuning, kitab jawi, atau kitab lama.

2) Kebiasaannya kitab ini menggunakan bahasa-bahasa melayu lama atau bahasa arab klasik.

3) Bahasa yang digunakan lebih ilmiah kerana setiap kitab-kitab jawi lama diterjemahkan mengikut kaedah nahu arab yang mana maknanya lebih tepat.

4) Penterjemahan dan penulisan kitab turats/turath ini dilakukan secara harfiyyah yakni huruf per huruf.

5)  Berbeza dengan kitab-kitab terkini yang menggunakan penterjemahan dan penulisan secara mafhum yakni penulisan itu dilakukan mengikut pemahaman atau pengertian secara keseluruhan dan lebih umum.

6) Teknik penulisan kitab ini mengikut tradisi dan kaedah ulama-ulama terdahulu daripada zaman Imam-Imam besar seperi Imam Malik, Imam Syafie, dan seterusnya, dimana teknik ini diwariskan daripada generasi kepada generasi .

7) “Kitab Turath bukannya ilmu, tetapi ia adalah hasil daripada ilmu yang ada pada penulis. Lalu penulis kitab tersebut menulis berdasarkan ilmu yang ada padanya. Kita mengaji kitab turath adalah untuk memahami akal (pemikiran) penulis kitab tersebut.. kerana itulah ilmu”
(-Dr Amru Al-Wirdani)

 Kepentingan dan Keistimewaan

1) Merupakan antara sumber-sumber utama dan mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang ilmu agama Islam seperti aqidah islam, fiqh islam dan tasawwuf islam yang mana perlu ke atas setiap muslim itu mempelajarinya sebelum mereka mempelajari ilmu2 lain seperti ilmu2 moden.

2) Kitab turath merupakan wasilah dan juga satu peluang untuk mendekati para ulama kerana kebiasaannya penulis kitab turath dari kalangan para ulama dan orang2 soleh. Ini bermakna, kita boleh mengenali diri ulama atau penulis tersebut dengan mempelajari karya dari mereka.

3) Kita juga dapat memperoleh ilmu dengan cara yg jelas kerana pengajaran kitab turath kandungannya secara terus dan satu persatu.

4) Kitab turath penting dalam menghalang dan menjauhkan umat islam dari pandangan2 teori2 dan falsafah ilmu moden dan ilmu barat yang bercanggah dengan pegangan Islam.
.

Jenis-Jenis Kitab Turath

1) Kitab Tauhid
Risalah tauhid
Hidayatul Mutafakkirin
Aqidatun Najin
Hidayatul Rahman

2) Kitab Feqah
Hidayatu Sibyan
Idaman Penuntut
Matla Al-Badrain
Sabilatu Muhtadin

3) Kitab Tasawwuf
Penawar Bagi Hati
Syarah Hikam

4) Lain-lain
Bidayatul hidayah
Al-Iqna
Ianatul Talibin

5) Dan Banyak Lagi

Jadi, atas dasar keprihatinan dalam menyebarkan risalah dan ilmu Islam, kami di Galeri Buku Syabab mengambil inisiatif untuk menjadi pengedar dan menjual Kitab-Kitab Turath yang ilmunya ditulis dan diterjemah oleh para Ulama yang tersohor di dalam bidangnya.

Bagi para cendekiawan dan si penuntut ilmuwan, silalah kunjungi galeri kami di
Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, Tingkat 2.

Atau layari website rasmi kami di
.
=>https://mysyabab.com/product-category/kitab-turath/
untuk sebarang order melalui talian.
.

.

Semoga Allah redha. Jazakallahu khairan katheeran.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *